Thursday, September 12, 2013

Potato Cream Soup

Nyum nyum nyum... As a potato lover, aku mmg sangat sangat sangat gelojoh bile tgk makanan yg ade kentang ataupun berasaskan kentang. So harini aku terfikir nak masak something new yg aku belum pernah try iaitu potato cream soup. Rase dia mmg sedap... Aku masak utk minum petang, dimakan dgn garlic bread buatan sendiri atau roti kosong pon sodap. Tapi garlic bread td da habis sebelum sempat aku amik gambo. Mak ayah aku pon mengaku sedap. So akan aku abadikan resepinya dlm blog ini....

Bahan-Bahan:
5 biji kentang (dikupas dan dibelah empat)
100 mL susu Dutch Lady Full Cream
1 ulas bawang putih (dicincang)
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit butter
Air rebusan kentang
Kiub ayam
Garam secukup rasa
Daun sup (dihiris halus)

Cara-Cara:
1. Rebus kentang hingga empuk. Kemudian blend dengan sedikit air rebusan kentang.
2. Cairkan dan panaskan butter. Tumis bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan kentang yang telah dikisar. Kacau sebentar.
4. Masukkan sedikit air rebusan kentang. Kacau rata kemudian masukkan pula kiub ayam.
5. Da agak mendidih tu masukkan susu dan kacau lagi, tambah air rebusan kentang sampai agak-agak rupa mcm cream soup.
6. Perasakan dengan garam, lada sulah dan lada hitam. Agak-agak da pekat tu, tabur la daun sup dan kacau rata. Siap!





"HAVE A TRY!"

No comments:

Post a Comment