Thursday, September 12, 2013

Potato Cream Soup

Nyum nyum nyum... As a potato lover, aku mmg sangat sangat sangat gelojoh bile tgk makanan yg ade kentang ataupun berasaskan kentang. So harini aku terfikir nak masak something new yg aku belum pernah try iaitu potato cream soup. Rase dia mmg sedap... Aku masak utk minum petang, dimakan dgn garlic bread buatan sendiri atau roti kosong pon sodap. Tapi garlic bread td da habis sebelum sempat aku amik gambo. Mak ayah aku pon mengaku sedap. So akan aku abadikan resepinya dlm blog ini....

Bahan-Bahan:
5 biji kentang (dikupas dan dibelah empat)
100 mL susu Dutch Lady Full Cream
1 ulas bawang putih (dicincang)
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit butter
Air rebusan kentang
Kiub ayam
Garam secukup rasa
Daun sup (dihiris halus)

Cara-Cara:
1. Rebus kentang hingga empuk. Kemudian blend dengan sedikit air rebusan kentang.
2. Cairkan dan panaskan butter. Tumis bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan kentang yang telah dikisar. Kacau sebentar.
4. Masukkan sedikit air rebusan kentang. Kacau rata kemudian masukkan pula kiub ayam.
5. Da agak mendidih tu masukkan susu dan kacau lagi, tambah air rebusan kentang sampai agak-agak rupa mcm cream soup.
6. Perasakan dengan garam, lada sulah dan lada hitam. Agak-agak da pekat tu, tabur la daun sup dan kacau rata. Siap!





"HAVE A TRY!"

Thursday, September 5, 2013

Kerabu Sotong

Hello.... brief intro pasal kerabu ni, aku tak delah tau sgt asal usul kerabu. Tapi yang aku tahu, org melayu mmg terkenal lah dgn ulam-ulaman. Kalau pegi kedai-kedai makan kat Utara nun, mmg bole dikatakan MESTI ada la ulam-ulaman sebagai side dish dorang. Ape kaitan ulaman dgn kerabu?mcm sume org tau, kerabu ni tak dimasak atas api pon, die byk gune sayuran yg biasa dibuat ulam cthnya bunga kantan sbg campuran dlm kerabu tu. Aku pon  mula minat mkn kerabu ni mase duk kat Perlis lah. Haritu aku teringin pulak nk mkn kerabu sotong tapi tak pernah buat pon. Kira first time lah kan.. So nak share la sikit resepi nye yg mudah dan cepat tu.. kuantiti tak dinyatakan sbb ikot suka masing-masing la yek. Ade yg suka manis, masam, pedas, so plus minus ikot rasa sendiri je lah...

Bahan-bahan:
Sotong (direbus)
Air rebusan sotong (sikit je)
Serai (hiris nipis)
Bunga kantan (hiris nipis)
Tomato (potong dadu)
Cili padi (dihiris)
Lada merah (hiris serong)
Lada hijau (hiris serong)
Air perahan limau nipis
Garam
Gula

Cara-cara:
1. Mula-mula rebus sotong sehingga masak. Toskan.
2. Campurkan sotong yg dah ditoskan dgn serai, bunga kantan, tomato, cili padi, lada hijau dan lada merah.
3. Perasakan dengan garam, gula dan air perahan limau nipis. 
4. Akhir sekali letakkan sedikit air rebusan sotong. Siap! bahan-bahan tu kalau nak ditambah dgn bahan lain pon boleh. Rasa dia mmg pehhhhh sedapppp! 



"SEKIAN"