Hye everybody!!!! *gaya Bimbi&Bonni*. Setelah agak lama jugak la tak membebel gaya Cik Kiah. Sementara musim bercuti sakan dan bersuka ria ni eloklah hamba mengisi masa yg terlebih lapang ni dgn mengukuhkan ilmu rumahtangga lagi-lagi memasak. Yelah kan, bak kata org tu air tangan isteri penambat hati suami. Ewah! ko tak payah nak berangan, jaoh lagi! Lepas2 memasak tu terpikir jugak, baik lah aku save kan resepi dlm blog. Mane tau kot2 nak masak tp terlupa resepi bole la just refer blog sendiri je kan. So, semalam first trial aku masak Baked Macaroni with cheese atau nama melayu nye makaroni bakar bersama cheese. Ok jom2 kita check resepi &kaedah dgn lebih terperinci.....
Bahan-bahan:
250g makaroni (direbus, dan digaul dgn sedikit minyak/butter)
1 bungkus daging cincang
1 tin cendawan butang (dihiris)
2 ulas bawang besar (dicincang)
2 sudu rempah kari
1 batang lada hijau (dihiris)
1 batang lada merah (dihiris)
sedikit rosemary (tak nak letak pon ok)
sedikit serbuk black pepper (tak nak letak pon ok)
sedikit garam (ikut tahap kemasinan masing2)
1 paket parutan mozarella cheese
sedikit butter untuk disapu atas kertas aluminium
kertas aluminium
Bahan-bahan untuk kastard:
5 biji telur
200ml susu segar/susu cair
2 st tepung gandum
1 st gula
1 st garam
Cara-cara utk kastard:
1. Masukkan semua bahan-bahan untuk kastard dalam mangkuk lain. Kacau hingga sebati.
Cara-cara keseluruhan:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang dan rempah kari sehingga naik bau.
2. Masukkan daging cincang. Kacau sehingga daging masak.
3. Masukkan makaroni, cendawan butang, lada hijau, lada merah, rosemary, black pepper, dan garam.
Kacau rata.
4. Kalau dah agak-agak kering tu boleh lah tutup api.
5. Kemudian masukkan campuran kastard tadi ke dalam bahan2 yang dah ditumis. Kacau rata.
6. Letakkan kertas aluminium dalam loyang. Sapukan sedikit butter supaya makaroni nanti tak de lah
melekat.
7. Tuang makaroni dalam loyang. Bakar selama 1 jam dengan suhu 150C.
"SELAMAT MENCUBA"